(1) Mensasarkan sesuatu yg begitu signifikan - i. pertumbuhan ekonomi, ii. mengekang inflasi, iii. menstabilkan harga barangan pengguna.
(2) Mempergiatkan aktiviti sara hidup di luar bandar.
Hasil dari ETP tersebut adalah telah membawa kepada BR1M. Ianya satu usaha murni kerajaan yang mengambil konsep zakat pendapatan, iaitu mengagihkan sebahagian dari pendapatan tahunan kepada golongan yang memerlukan.
Apa lah sangat BR1M kalau nak dibandingkan dengan elaun bulanan wakil rakyat (yang kadang tidak buat kerja untuk rakyat pun tapi dapat elaun). Yang penting duit elaun wakil rakyat masuk bulan2. Dok goyang (apa-apa yang boleh goyang ler) tup tup dalam akaun, elaun wakil rakyat tetap masuk. Rasanya lebih baik elaun wakil rakyat dihapuskan sahaja. Elaun tu kita agih kepada rakyat. Kita lihat siapa yang betul-betul ikhlas dan berani nak jadi wakil rakyat.
Satu lagi habit dengan wakil rakyat di Malaysia ini (sejak dahulu dan sekarang) adalah tinjau kawasan waktu nak PRU sahaja. Pasal apa? Sebab wakil rakyat tidak mewajibkan dirinya ada buku rekod pencapaian (buku catatan perkhidmatan).
Kalau dilihat dari sudut akhir zaman, semasa pemerintahan Imam Mahdi pun akan berlaku pembahagian harta kepada mereka yang memerlukan sehingga tiba satu tiada seorang pun memohon bantuan, sebab rasa tidak layak. Moga Allah terus merahmati Malaysia dengan pemberian yang sebegini.
Menurunkan harga kereta bukanlah langkah yang bijak. Tetapi langkah yang lebih bijak adalah menjadikan pengangkutan awam lebih efisien dan menyeluruh liputan rangkaian erkhidmatannya. Agar rakyat dapat mengurangkan minat mereka untuk membeli kereta. Sebenarnya dengan tidak memiliki kereta, rakyat tidak perlu untuk memikirkan perbelanjaan petrol, penyelenggaraan dan kesan susut nilai. Sekaligus dapat menyimpan lebihan pendapatan tersebut untuk membeli aset yang nilainya sentiasa meningkat seperti rumah dan membuat pelaburan dalam bentuk emas dan perak. Selain dari itu, pencemaran alam dapat dikurangkan.
Moga Allah selamatkan Malaysia dari jiwa-jiwa kotor dan anasir Yahudi & Nasrani sama ada dari kalangan BN, DAP, PAS, PKR dsb.
Ulasan di atas adalah lanjutan komen dari artikel:
http://www.sinarharian.com.my/mobile/pakatan-manifesto-bn-ciplak-idea-kami-tak-mesra-rakyat-1.147593
0 comments:
Post a Comment