Dalam
usaha PM mendekati rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat ketika hampirnya PRU13, ada pihak
tertentu yang tidak senang dengan usaha PM tersebut. Antara usaha adalah PM
Najib pada Ahad lepas telah dilaporkan mendekati jemaah tabligh dengan menghadiri
majlis ilmu di Masjid Sri Petaling.
Pihak
tertentu yang irihati dengan perkembangan semasa itu telah menggunakan media
pro-BN iaitu Utusan Malaysia
untuk mensabotaj usaha PM dan BN dalam memenangi hati rakyat dari kalangan
jemaah Islam.
Pihak tertentu mungkin berniat untuk mensabotaj usaha terakhir PM & BN yang dikatakan 'agak mesra' dengan Global Ikhwan sejak akhir-akhir ini untuk meraih undi dari para simpati Global Ikhwan.
Utusan
Malaysia
edisi 01.04.13 (20 JamadilAwal 1434) pada halaman 4 telah mengeluarkan laporan
yang berunsur fitnah terhadap Ketua Eksekutif Global Ikhwan Sdn Bhd Puan Khadijah
Aam (juga dikenali sebagai Ummu Jah) dengan laporan bertajuk 'Al-Arqam didakwa bina
perkampungan di Mekah'.
Juga
melalui laporan online:
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130401/dn_01/Al-Arqam-didakwa-bina-perkampungan-di-Mekah
Namun
cerita rekaan karut-marut pihak tertentu tersebut telah disangkal oleh salah
seorang pegawai kanan Global Ikhwan Sdn Bhd, Syeikh Harun Taat melalui blognya:
https://anjangmuor.wordpress.com/2013/04/01/fitnah-yang-layak-disaman/
1. Kawasan perkampungan
tersebut dibeli.
Walaupun
info ni menguntungkan GISB, sebab nampak gagah. Beli tanah di Mekah! Power tu.
Tapi tetap bukan fakta.
2. Untuk dijadikan tempat
melakukan ibadah haji dan umrah oleh pengikut-pengikut mereka.
Dah
berapa ramai orang GISB pakai title Hj hasil berhaji di sini? Toloooong la…
3. Hanya melakukan
rukun-rukun haji seperti melontar jamrah di perkampungan tersebut.
Ni
dah la fitnah, pastu jahil pulak. Orang kata bodoh/jahil marah, tapi dalam masa
yang sama nak kata GISB sesat dll.
Sapa
ajar hang kata melontaq jamrah tu rukun haji? Belajaq tang mana? Haah orang Muo
dah cakap utara. Melontar tu wajib Haji la! Bukan rukun. Rukun haji 6 perkara
a.
Niat
b.
Wuquf
c.
Tawaf Haji
d.
Saie
e.
Bercukur
f.
Tertib
Cuba tengok sapalah sandaran
Utusan Malaysia?
saudara-saudara pembaca semua bertanggung jawab menyebarkan
jawapan anjang ni. Akhir zaman betul, boleh sesuka hati tuduh orang sedangkan
asas fardhu ain pun tak lepas. Pastu tuduh GISB melontar jamrah di CNM kerana mengerjakan
haji. Masya Allah.
4. Perkampungan tersebut
yang pada asalnya merupakan ladang kurma.
-Cuba tunjukkan
berapa banyak ladang kurma di Mekah ni? Penulis ni pernah sampai Mekah ke idak?
Eeih, main taip jee!
5. Selain melakukan
pelbagai aktiviti seperti berkuda dan memanah.
-Memanah?
Berapa batang busur dan anak panah? Mana buktinya? Ikut sedap je!
6. Pengikut-pengikut
mereka hanya melakukan ibadah melontar jamrah di tandas kerana mereka percaya
konsep melakukan ibadah tersebut ialah membaling batu ke arah syaitan dan tidak
perlu pergi ke jamrah di Mina.
Politik313 berharap pihak media pro-BN berhati-hati dalam menyiarkan berita yang tidak sahih yang boleh merencatkan sokongan para pengundi atas pagar yang rata-rata condong menyokong usaha PM yang akan diterjemahkan dengan memangkah logo BN pada PRU13 akan datang.
0 comments:
Post a Comment