![]() |
Klik imej pada untuk membaca |
![]() |
![]() |
SEJARAH
ADALAH GURU TERBAIK UNTUK DIJADIKAN PANDUAN DAN INGATAN.
Kata
Abuya 'sejarah adalah guru'. Kita kena ambil pengajaran di setiap yang berlaku
ke atas jemaah perjuangan ini, mana yang baik diteruskan dan kembangkan.
Manakala kekurangannya kita tampung dan perbaiki. Firman Allah :
"Maka
pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terlepas dengan badanmu (yang
tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang
yang di belakangmu (supaya mereka mengambil itibar). Dan (ingatlah)
sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan)
tanda-tanda kekuasaan Kami!" Yunus: 92
"Oleh
sebab itu, sekiranya engkau (wahai Muhammad) merasa ragu-ragu tentang apa yang
Kami turukan kepadamu, maka bertanyalah kepada orang-orang yang membaca
kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu (kerana mereka mengetahui
kebenarannya). Sesungguhnya telah datang kepadamu kebenaran dari Tuhanmu, maka
jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan yang ragu-ragu." Yunus:
94
Orang Melayu adalah bangsa baru atas nama Islam yang akan menerajui empayar Islam kali ke dua. Abuya adalah pejuang dan pengasas yang menghidupkan model perkampungan Islam bersama beberapa tokoh diperingkat awal yang menjadikan Islam is the way of life.
"Dan
berkatalah orang-orang yang kafir: "Mengapa tidak diturunkan kepada
(Muhammad) sesuatu mukjizat dari Tuhannya?" Sesungguhnya engkau (wahai
Muhammad) hanyalah seorang Rasul pemberi amaran (kepada orang-orang yang
ingkar), dan tiap-tiap umat (yang telah lalu) ada Nabinya yang memimpin ke
jalan yang benar." Ar-Ra'd: 7
Sejarah adalah
guru. Guru ertinya adalah pembimbing, pengajar, darinya orang dapat maklumat
dan manfaat, juga terdapat kebaikan padanya. Namun yang berlaku kita selalu
anggap ringan hal berkaitan sejarah. Bahkan, dalam kebangkitan Islam ke dua pun
sejarah akan berulang, cuma bentuknya mungkin tak sama. Sesuailah dengan
peredaran zaman dan kepada siapa Tuhan pergilirkannya.
Merujuk
juga kepada sejarah Arqam ditubuhkan, ia adalah sebuah jemaah yang membawa
model kehidupan Islam. Ini semua sudah maklum. Namun adakah generasi kemudian
terpindah perasaan yang sama, seperti yang dirasai oleh pembangun-pembangun
diperingkat awal?
Apa
yang berlaku pada jemaah kini adalah kesinambungan kepada perjuangan Abuya dan
orang-orang terdahulu. Cuma kini skopnya lebih meluas dan besar, merangkumi
seluruh aspek kehidupan. Generasi kini meneruskan kerja-kerja generasi
terdahulu. Itu sahaja. Kerana itu sejarah amat penting, samada untuk
pembangunan insan mahupun pembangunan tamadun lahiriah manusia.
Kita
tidak boleh ketepikan peranan, pengalaman, dan hal-hal yang berkaitan
perjuangan walaupun ianya telah berlalu. Kita perlu belajar dengan apa yang
telah terjadi kepada negara kita bilamana sejarah telah diketepikan.
Kita
tidak boleh mengatakan kejayaan kejayaan pada masa sekarang tiada kena-mengena
dengan masa lalu. Ia sangatlah berhubung kait. Kejayaan sekarang adalah hasil
usaha dan titik peluh perjuangan terdahulu.
Sepertilah
orang menanam durian benih, bukan untuk dirinya tetapi generasi cucu-cicitnya.
Bahkan anaknya pun tidak berkesempatan untuk menerima hasil durian benih
tadi.
Apa
yang berlaku bila sejarah diketepikan? Akan lahir satu generasi yang tidak
pandai menghormati generasi sebelumnya, walaupun ibu ayahnya sendiri! Kerasa
dirasakan kejayaan adalah dari usahanya. Dia rasa usaha generasi sebelum ini
adalah kegagalan sahaja, yang dinampak adalah kekurangan. Dia tidak merasakan
bahawa ianya adalah sangat berhubung kait satu sama lain, iaitu antara generasi
dahulu dan sekarang.
Kita
boleh belajar dengan apa yang telah berlaku kepada jemaah Arqam, yang Abuya
bangunkan ini dengan apa yang terjadi dengan negara kita.
Kini
model perkampungan Islam yang Abuya bina itu tidak lagi wujud di persada dunia,
sebagai simbol kehidupan Sunnah Nabi. Ini sesuatu yang amat malang dan sukar diterima sama sekali. Ia
merupakan bencana kepada tamadun, jati diri dan warisan bangsa kita atas nama
Islam. Ternyata kini satu daripada warisan tamadun melayu Islam kita telah
terkubur.
Sepatutnya
apa yang dibangunkan Abuya diterima baik demi kemajuan bangsa Melayu, namun
yang berlaku ianya dimusnahkan dan cuba dipadam dari sejarah negara
sendiri. Hanya kerana berbeza fahaman dan pendapat, menjadikan ianya satu
kerugian kepada negara, bangsa, dan agama.
TERPUPUS dengan perbuatan kita sendiri di era untuk memodenkan kehidupan orang melayu kononnya. Perkara yang sama berlaku di Turki oleh Kamal Atarturk. Mengapa? Ini berpunca akibat dasar pendidikan kita yang mematikan penghayatan Islam Melayu.

"Tidakkah
ini satu jenayah terbesar ke atas bangsa kerana membunuh salah satu warisan
kita yang terbesar. Ulama makan gaji bertanggungjawab penuh ke atas kepupusan
dan kesinambungannya!"
Satu daripada warisan kita yang terbesar telah sirna. Sedangkan model kampung Baba dan Nyonya, India, Cina, Portugis dan lain lain terus subur. Menjadi destinasi pelancongan negara kita.
Kalau
kita ke Amerika Syarikat masih boleh melihat penduduk asalnya, dalam satu
kawasan model kehidupan mereka iaitu kehidupan perkampungan Red Indian. Kalau
di New Zealand
wujudnya model perkampungan orang Ibo.
Mengapa jadi begini, mengapa model perkampungan Baba Nyonya, Portugis, dan India boleh hidup subur dan dijadikan aset pelancongan. Sedangkan Islam sangat berjasa kepada bangsa, agama, dan negara. Siapa boleh menafikannya? Mana pembelanya, yang moto perjuangannya untuk agama, bangsa dan tanah air? Rohnya dibunuh secara perlahan-lahan.
Puncanya kenapa? Berpuncanya dari orang yang bertanggungjawab ke atas agama yang hanya makan gaji, tidak memikirkan nasib Iman bangsanya, kerana ada kepentingan diri, juga bercampur hasad dengki dan tidak mahu bertanya, kerana merasakan cukup dengan ilmu yang ada padanya, sedangkan ilmu yang ada padanya pun tak cukup untuk menyuluh dirinya dan keluarganya sendiri!

Antara
puncanya lagi, bila sejarah diketepikan. Kita lupa bahawa bangsa kita tidak
boleh dipisahkan dengan Islam. Sejarah bangsa melayu yang dikekalkan adalah
yang hanya berkaitan dengan budaya sahaja, bukan agamanya. Kalau diceritakan
tentang agama pun, sekadar cukup syarat, tidak lebih dari itu.
Antara
puncanya juga, apabila dimansuhkan subjek Tulisan Jawi dan bacaan Jawi daripada
sekolah-sekolah di negara kita pada awal tahun 1960-an, semasa Khir Johari
menjadi Menteri Pelajaran. Jangan kita lupa, tulisan Jawi sangat berkait rapat
dengan agama Islam!
Akibatnya pembaca tulisan jawi, tulisan asal bahasa Melayu semakin mengecil dan terus pupus. Selepas 30 tahun timbul satu generasi yang buta jawi. Amat mengejutkan sehingga hendak membaca teks Al Quran pun perlu dirumikan. Sama seperti Turki dijajah oleh fahaman Kamal Atarturk.
Berjayalah bangsa melayu dipisahkan dengan agamanya, walaupun kita dilahirkan dengan nama-nama Islam. Rohnya telah dicabut sedikit demi sedikit.
Itulah kesannya apabila tergamak membuat dasar yang memupuskan warisan bangsa kita. Bila sudah hilang pun masih tidak sedar. Masih kurang kepekaan dan kepedulian kerana terlalu mementingkan kemajuan yang melulu bersifat kebendaan, bahawa tamadun ini adalah kebendaan, projek material dan gah semata-mata .
Perlu disedari, salah satu kehebatan bahasa Melayu ialah satu-satunya bahasa di dunia yang memiliki dua sistem tulisan yang sama kuat. Huruf Jawi dari Timur (Arab Islam ) dan huruf latin dari Barat.
Adakah bahasa yang sedemikian wujud di mana-mana bahagian dunia? Mengapakah keistimewaan ini tidak dikekalkan? Agak pelik, taksub kita kepada tamadun barat sehingga sanggup mengorbankan tulisan asal bangsa sendiri!

bangga dengan hanya menggunakan satu sistem tulisan sahaja iaitu huruf rumi
“Latin”. Sumbangan Islam yang terbesar telah dinafikan dengan sengaja. Satu
fobia ke atas tulisan tersebut. Mungkin dianggap kuno dan serba ketinggalan
oleh golongan pendidikan barat yang menguasai pemerintahan.
Telah
terbit ungkapan BAHASA JIWA BANGSA, namun realiti tidak berlaku. Tulisan asal
kepada bangsa kita telah dilupuskan. Jiwa atau roh bangsa telah tiada. Kita
yang perjuangkan bahasa, hanya cakap tak serupa bikin. Cakap-cakap yang ada
kepentingan, cakap-cakap makan gaji. Bukan betul-betul datang dari jiwa. Yang
perjuangkan slogan inipun realiti lebih 'speaking' dari cakapnya.
"Hakikatnya
tulisan Jawi adalah jiwa bangsa Melayu! Kerana ia ada kaitan dengan soal agama.
Bila Jawi terhapus bermakna segala khazanah tamadun kita akan dinyahkan
daripada bangsa kita terutama generasi muda. Terpisahlah agama dengan bangsa
Melayu."
Begitulah
jika kita ketepikan sejarah yang berlaku pada kita. Generasi muda kini dalam
sedar tak sedar telah menafikan perjuangan orang terdahulu. Mereka merasakan,
perjuangan terdahulu penuh dengan kekurangan, tempang sana sini. Kita lupa, tiada dulu tiadalah
sekarang!
Sumber:
http://suaraharamain313.blogspot.com/2013/04/sejarah-adalah-guru-terbaik-untuk.html#more
p/s: Gambar majalah sarina diambil dari blog: pckokak.blogspot.com (buat tuan blognya: ucapan terima kasih atas perkongsian)
0 comments:
Post a Comment