Loading...
Wednesday, May 1, 2013

Bicara Khamis, Pengampunan Allah & Silaturrahim

HARI Khamis 02 Mei 2013, dalam 3 hari (05 Mei 2013) lagi kita rakyat Malaysia akan memilih kerajaan mengikut sistem demokrasi pilihanraya. Tapi politik313 bukanlah penyokong pada mana-mana parti politik kerana politik313 berpendapat sistem demokrasi pilihanraya bukanlah sistem yang terbaik untuk umat Islam berbanding sistem politik syura yang diamalkan oleh para sahabat Nabi.

Ianya bukan tujuan atau topik yang politik313 ingin bicarakan pada hari ini, tetapi ingin membicarakan dan mengongsikan satu >>Hadith Qudsi<< yang ada kaitan dengan politik juga, yang pernah politik313 baca dan simpan sebagai rujukan, iaitu  berkenaan: hari Khamis, Pengampunan Allah & Silaturrahim. Hadithnya seperti berikut:
"Pintu-pintu syurga akan dibuka pada hari Isnin dan Khamis, kemudian Allah akan memberi keampunan kepada setiap orang yang tidak menyekutukan Allah sedikit pun kecuali seorang lelaki yang ada berpisah antara dia dan saudaranya. Maka Allah berkata: ‘Tangguhkanlah kedua orang ini sehingga a mereka berdamai, tangguhkan keduanya sehingga mereka berdamai, tangguhkanlah keduanya sehingga mereka berdamai'.

Daripada hadith tersebut menunjukkan betapa Allah Yang Maha Pengampun sentiasa ingin mengampunkan dosa-dosa hamba-hamba-Nya yang beriman. Lantas Dia mengaitkan keampunan-Nya itu ada syaratnya - iaitu tidak memutuskan silaturrahim. Beruntunglah mereka yang beriman dan tidak memutuskan silaturrahim. Dalam pengertian lain hamba Allah tadi telah melaksanakan tuntutan habluminAllah dan habluminannas.

Jadi dalam kita berpilihanraya ini, janganlah kita lupakan Allah & Rasul-Nya, jangan juga kita lupa akan peri pentingnya menyambung silaturrahim terutama sesama kaum kerabat, walaupun dari parti yang berlainan. Untuk huraian lebih lanjut, politik313 kepilkan artikel berikut sebagai bahan huraian: Selamat Membaca(ت)...

Persoalan Agama: Beri Maaf Hilang Sengketa

Tidak masuk syurga jika putuskan silaturahim

Soalan: Saya dan kawan telah bermasam muka selama setahun disebabkan kesalahan yang tidak saya sengajakan. Saya telah berusaha meminta maaf tetapi dia tetap tidak mahu memaafkan dan berdendam dengan saya. Adakah saya masih tetap berdosa jika kawan itu tidak memaafkan saya.

Aisyah,
Tanjung Malim, Perak.

Jawapan: Islam mengharamkan seorang Muslim berlaku kasar terhadap kawannya, memutuskan hubungan dan menjauhinya. Islam tidak memperkenankan seorang Muslim menjauhi kawannya kecuali dalam batas tiga hari sehingga tenang kemarahan kedua-dua belah pihak.

Kemudian mereka berdua hendaklah berusaha memperbaiki, menjernihkan suasana dan mengatasi perasaan benci atau permusuhan. Antara sifat terpuji dalam al-Quran ialah merendah diri terhadap orang mukmin.

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis riwayat Abu Daud: "Tidak halal seorang Muslim menjauhi kawannya lebih dari tiga hari. Sekiranya telah berlalu waktu tiga hari itu, maka berbicaralah dengan dia dan berilah salam. Jika dia telah menjawab salam, maka keduanya bersama-sama mendapat pahala. Dan jika dia tidak membalasnya, maka sesungguhnya dia kembali dengan membawa dosa. Sedangkan orang yang memberi salam telah keluar daripada dosa menjauhi itu."

Lebih hebat lagi, haram memutuskan silaturahim terhadap keluarga yang Islam wajibkan untuk menyambung dan melindungi kehormatannya.


Berbuat baik kepada orang lain

Firman Allah SWT: "Dan takutlah kamu kepada Allah yang pada-Nya kamu meminta dan jagalah keluarga kerana sesungguhnya Allah Maha mengawasi atas kamu." (Surah an-Nisa', ayat 1)


imej disediakan oleh politik313

An-Nisaa [1] Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. [Pimpinan ArRahman]
O you mankind, be pious to your Lord, Who created you of one self, and created from it its spouse, and from the two disseminated many men and women; and be pious to Allah, about Whom you ask one another, and to the wombs; (i.e., be pious to the relatives) surely Allah has been Ever-Watchful over you. [Dr Ghali Translation]

Rasulullah SAW menggambarkan silaturahim ini dalam sabdanya: "Kekeluargaan bergantung di ‘Arasy. Ia akan berkata: Sesiapa menghubungi aku, maka Allah pun akan menghubunginya dan sesiapa yang memutuskan aku, maka Allah akan memutuskannya." (Riwayat Muslim)

Sabda Baginda SAW lagi: "Tidak masuk syurga orang yang memutus." (Riwayat al-Bukhari) Ulama mentafsirkan kalimat ‘memutus' itu iaitu memutuskan silaturahim dan lainnya mentafsirkan dengan memotong jalan atau penyamun.

Silaturahim yang wajib bukan sekadar seorang kerabat menghubungi dan berbuat baik kepada yang lain kerana ia perkara biasa. Tetapi yang dimaksudkan silaturahim yang wajib ialah tetap menghubungi keluarga sekalipun mereka menjauhinya.

Sabda Nabi SAW: "Bukanlah orang yang menghubungi keluarga itu ialah orang yang menjamin tetapi dinamakan orang yang menyambung kekeluargaan ialah apabila keluarganya itu memutuskan dia, maka dia tetap menghubunginya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW pernah menjauhi tiga orang sahabatnya yang tidak mahu turut dalam peperangan Tabuk selama 50 hari sehingga bumi ini layaknya sempit dan hatinya merasa kebingungan, tidak ada seorang pun mahu bergaul dengan mereka, berbicara atau memberi salam.



Rahmat Ilahi

Begitulah sehingga Allah menurunkan ayat mengenai diterimanya taubat mereka. Dan pernah juga Rasulullah SAW menjauhi sebahagian isterinya selama 40 hari.

Memutuskan hubungan akan menghalang pengampunan dosa dan rahmat Allah seperti diterangkan dalam hadis riwayat Muslim (yang bermaksud): "Pintu-pintu syurga akan dibuka pada hari Isnin dan Khamis, kemudian Allah akan memberi keampunan kepada setiap orang yang tidak menyekutukan Allah sedikit pun kecuali seorang lelaki yang ada berpisah antara dia dan saudaranya. Maka Allah berkata: ‘Tangguhkanlah kedua orang ini sehingga a mereka berdamai, tangguhkan keduanya sehingga mereka berdamai, tangguhkanlah keduanya sehingga mereka berdamai."

On the authority of Abu Hurayrah (رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ), who said that the Messenger of Allah ( صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّ) said:
The gates of Paradise will be opened on Mondays and on Thursdays, and every servant [of Allah] who associates nothing with Allah will be forgiven, except for the man who has a grudge against his brother. [About them] it will be said: Delay these two until they are reconciled; delay these two until they are reconciled. It was related by Muslim (also by Malik and Abu Dawud).

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ،أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: "تُفْتَحُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ يَوْمَ الِاثْنَيْنِ، وَيَوْمَ الْخَمِيسِ، فَيُغْفَرُ لِكُلِّ عَبْدٍ لَا يُشْرِكُ بِاللَّهِ شَيْئًا، إِلَّا رَجُلًا كَانَتْ بَيْنَهُ وَبَيْنَ أَخِيهِ شَحْنَاءُ، فَيُقَالُ:  أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا، أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا، أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا". ت
رواه مسلم (وكذلك مالك وأبو داود) ت
Arabic/English book reference : Hadith 20
matan hadith & english disediakan oleh politik313


Jika dia berada di pihak yang benar, maka cukup kiranya pihak yang bersalah datang dan minta maaf dan dia hendaklah memberi maaf. Dengan demikian selesailah persengketaan dan haram hukumnya dia menolak permintaan maaf saudaranya.

Terhadap orang yang demikian, Rasulullah SAW memberikan ancaman bahawa pada hari kiamat kelak dia tidak akan masuk syurga.

Dipetik dari: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PersoalanAgama_Berimaafhilangsengketa/Article/cetak
Oleh: Zahazan Mohamed | bhagama@bharian.com.my | 2013/01/06

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP