Loading...
Thursday, April 18, 2013

4 Kisah Yang Mesti Kita Ambil Kisah

Bandaraya Pentadbiran Wilayah Islam Zon Timur Akhir Zaman


Dalam keghairahan, umat Islam Melayu berebut takhta pemerintahan Putrajaya, POLITIK313 ingin berkongsi maklumat dengan para pembaca semua tentang fitnah/cubaan (trial) yang akan, sedang, dan telah datang kepada umat Islam.

Fitnah yang melanda umat akhir zaman memang dahsyat sekali, sehingga menyebabkan Rasulullah turut berlinangan airmata dan seringkali/acapkali dalam sabda-sabda Baginda, yang terkumpul dalam sunan-sunan imam-imam hadith, mengingatkan kita agar berhati-hati ketika menjalani kehidupan pada zaman tersebut. 

Zaman di mana Baginda tidak dapat lagi secara fizikalnya menolong umatnya.  Salah fitnah besar yang Baginda amat risaukan yang akan melanda umatnya adalah fitnah Masihud Dajjal yang bermata satu. 

Baginda berpesan agar kita jadi orang mukmin (bukan sekadar muslim) yang sentiasa bersikap warak dan menghiasi diri dengan taqwa.

Allah subhana wataala juga ada merakamkan kisah-kisah umat-umat terdahulu melalui wahyu-wahyu suci yang yang dikumpulkan menjadi sebuah kitab suci orang Islam. Begitu sayangnya Allah pada hambanya.

Rakaman-rakaman wahyu suci itu terdapat pada lembaran surah yang ke-18. Iaitu surah Al-Kahfi ( ) yang bermafhumnya sebuah GUA yang istimewa (the cave).

Allah yang ArRahman dan ArRahim telah mengisahkan 4 kisah untuk hambanya umat akhir zaman mengambil iktibar daripada wahyu-wahyuNya.

4 kisah tersebut adalah:
a. Pemuda-pemuda yang bersembunyi di dalam sebuah gua.
b. Pemuda yang memiliki dua ladang.
c. Kisah dua pemuda yang mempunyai pandangan yang berbeza.
d. Pemuda yang bernama Zulkarnain.

Bersambung...

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP