Loading...
Wednesday, April 10, 2013

Kita Adalah Pemimpin & Rakyat Yang Zalim


Biar lambat asal berkualiti. Calonkan orang-orang muda yang ada karisma, ada ciri-ciri taqwa, berilmu, cerdik, dan cemerlang dlm khidmat masyarakat. Baru puak-puak OM (puak orang muda) & DAP (puak Dok Atas Pagar) bol leh kasi undi pada BN. Yang ada rekod pecah amanah & rasuah tak payah ler nak sebuk-sebuk dan fesbuk-fesbuk minta dicalonkan.

Begitulah yang dapat politik313 ungkapkan dalam memberi ulasan kepada laporan akhbar bertajuk "Najib: Calon BN diumum beberapa hari lagi".

Kita sering mendengar pemimpin-pemimpin dan tidak kurang juga rakyat jelata menuding jari kepada individu-individu tertentu dengan label zalim. Tanpa mereka sedari atau buat tidak sedar hakikat sebenar...

Siapakah orang-orang yang zalim itu? Orang yang zalim itu adalah diri kita sendiri, kerana semasa mengadap Allah pun boleh kita fikirkan pasal PRU13 dan perkara-perkara dunia yang lain. Zalimnya kita pada diri sendiri. Kita zalim kerana sengaja mencampakkan diri ke dalam neraka/kecelakaan (Wail).
 
Indonesia 
Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat, 
Malaysia 
(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang -
Indonesia
(yaitu) orang-orang yang lalai dari shalatnya,
Malaysia
(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;

Ayat 4-5 سورة الماعون




Zalim juga bermaksud tidak meletakkan sesuatu kena pada tempatnya aka tidak adil. Kita berlaku zalim dalam menunaikan hak-hak Tuhan kita ketika dalam melakukan pelbagai aktiviti ibadah kita.

Sudah kita muhasabah tentang keluarga kita terutama isteri-iteri dan anak-anak dalam soal solat seperti mana yang Allah rakamkan berikut:



Indonesia
Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yang jelek) yang menyia-nyiakan shalat dan memperturutkan hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui kesesatan,
Malaysia
Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka),
[Surah Maryam Ayat 59]

Rasulullah (SAW) pun mengajar kita untuk mencela diri kita sendiri di dalam soal zalim ini. Seperti yang diajarkan kepada Saiyidina Abu Bakar AsSiddiq (RA);

I asked Allah's Apostle to teach me an invocation so that I may invoke Allah with it in my prayer. He told me to say, ''Allahumma inni zalumtu nafsi zulman kathiran, Wala yaghfirudhdhunuba illa anta faghfirli maghfiratan min Indika, war-hamni innaka antal-ghafururrahim (O Allah! I have done great injustice to myself and none except You forgives sins, so please forgive me and be Merciful to me as You are the Forgiver, the Merciful).''
[Narrater: (Abu Bakr As-Siddiq)   Book: (Sahih Bukhari)   Vol: (1)  Hadith No: (796)]

حدثنا ‏ ‏عبد الله بن يوسف ‏ ‏أخبرنا ‏ ‏الليث ‏ ‏قال حدثني ‏ ‏يزيد ‏ ‏عن ‏ ‏أبي الخير ‏ ‏عن ‏ ‏عبد الله بن عمرو ‏ ‏عن ‏ ‏أبي بكر الصديق ‏ ‏رضي الله عنه ‏ ‏أنه ‏ ‏قال للنبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏علمني دعاء أدعو به في صلاتي قال ‏ ‏قل اللهم إني ظلمت نفسي ظلما كثيرا ولا يغفر الذنوب إلا أنت فاغفر لي مغفرة من عندك وارحمني إنك أنت الغفور الرحيم ‏ ‏وقال ‏ ‏عمرو بن الحارث ‏ ‏عن ‏ ‏يزيد ‏ ‏عن ‏ ‏أبي الخير ‏ ‏إنه سمع ‏ ‏عبد الله بن عمرو ‏ ‏قال ‏ ‏أبو بكر ‏ ‏رضي الله عنه ‏ ‏للنبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم

Abu Bakr As-Siddiq said to the Prophet, ''Teach me an invocation with which I may invoke (Allah) in my prayer.'' The Prophet said, ''Say: Allahumma inni zalamtu nafsi zulman kathiran wala yaghfirudh-dhunuba illa anta, Faghfirli maghfiratan min indika war-hamni, innaka antalGhafur-Rahim.''
 [Narrater: (Abdullah bin Amr)   Book: (Sahih Bukhari)   Vol: (8)  Hadith No: (338)]

 

Jadi di manakah nilai hamba dan orang yang cintakan Rasulullah andai kita berani menuding jari atau  melabel orang lain sebagai orang yang zalim?
-politik313.blogspot.com-
Semua orang diminta menjaga persiapan sembahyang. Walaupun persiapan itu perkara lahir. Berwangi-wangian, mandi dan gosok gigi, memakai pakaian yang bersih dan terbaik. Bagaikan nak mengadap Raja. Kata Sy Nasar lagi, kalau perkara lahir ni tak boleh nak buat, macamana lagi persoalan yang rohani. Kalau dalam hati sudah ada sedikit rasa takut kpada Allah, pasti dia akan boleh buat. 
Maknanya perkara lahir ini adalah buah dari hati yang dah ada takut kepada Allah.
[Dipetik dari blog mka313.blogspot.com]

Najib: Calon BN diumum beberapa hari lagi

KUALA LUMPUR - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan senarai nama calon dan pembahagian kerusi komponen perikaparti itu dalam beberapa hari lagi.

Jelasnya, BN masih membincangkan perkara itu susulan menerima banyak permintaan sama ada daripada parti komponen dan sayap parti.

Bagaimanapun beliau yang juga Presiden Umno berkata, proses pembahagian kerusi dan mengenal pasti calon berwibawa dan boleh menang kini di peringkat terakhir sebelum diumumkan tidak lama lagi.

"Sayap Wanita Umno juga minta calon mereka dipertimbangkan, begitu juga Pemuda, kita akan tentukan dengan pertimbangan yang wajar.

"...belum selesaikan lagi (pemilihan)calon, akan umumkan beberapa hari lagi.

"...soal penerimaan rakyat sesetangah kawasan yang berpihak kepada kita juga perlu diberi pertimbangan," katanya pada sidang media selepas Perjumpaan Bersama Pengerusi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, hari ini.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP