Loading...
Friday, April 5, 2013

Antara Kredibiliti, Fitnah & Hasad Terhadap Mustapa

Kita perlukan pemimpin yang Banyak Buat Kerja, Tidak Cakap Besar,  Tidak Fitnah Orang. Pemimpin itu tidak semesti dari golongan ulama sahaja. Andai umara lebih cekap buat kerja dalam banyak hal, serta berakhlak mulia maka dia patut diutamakan. Bukankah begitu anjuran Allah dan RasulNya?
 


KOTA BHARU - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed menafikan dakwaan pemimpin pembangkang kononnya beliau memberi percuma 400 lot saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) kepada setiap ketua Umno bahagian negeri ini.

Mustapa berkata, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Datuk Husam Musa membuat tohmahan itu ketika berucap melancarkan gerakan 'K' kekalkan negeri Kelantan di Machang pada 23 Mac lepas.

Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar notis tuntutan maaf dan memberi tempoh 48 jam kepada Husam untuk berbuat demikian.

"Kita akan hantar dalam tempoh terdekat surat berdaftar kepada Exco kerajaan negeri ini (Husam), portal harakahdaily.net iaitu ketua pengarang dan pengarangnya, kerana mengeluarkan dan menyiarkan kenyataan yang menjejaskan kredibiliti dan imej saya, saya pandang berat perkara ini," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata sekiranya dalam tempoh 48 jam itu, Husam tidak memohon maaf, peguam beliau akan memfailkan saman fitnah dan tuntutan di mahkamah tinggi.

"Ini adalah satu perkara yang perlu untuk menjaga maruah dan kredibiliti diri saya, saya memimpin kementerian ini (MITI) empat tahun dan berbuat yang terbaik, saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut," katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Mustapa, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, berkata BN Kelantan kini berada dalam 'mood' terbaik dan bersiap sedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP