Loading...
Tuesday, April 2, 2013

Media pro-BN Sabotaj Usaha PM Dekati Orang Dakwah

Dalam usaha PM mendekati rakyat dari pelbagai lapisan  masyarakat ketika hampirnya PRU13, ada pihak tertentu yang tidak senang dengan usaha PM tersebut. Antara usaha adalah PM Najib pada Ahad lepas telah dilaporkan mendekati jemaah tabligh dengan menghadiri majlis ilmu di Masjid Sri Petaling.

Pihak tertentu yang irihati dengan perkembangan semasa itu telah menggunakan media pro-BN iaitu Utusan Malaysia untuk mensabotaj usaha PM dan BN dalam memenangi hati rakyat dari kalangan jemaah Islam.



Pihak tertentu mungkin berniat untuk mensabotaj usaha terakhir PM & BN yang dikatakan 'agak mesra' dengan Global Ikhwan sejak akhir-akhir ini untuk meraih undi dari para simpati Global Ikhwan. 

Utusan Malaysia edisi 01.04.13 (20 JamadilAwal 1434) pada halaman 4 telah mengeluarkan laporan yang berunsur fitnah terhadap Ketua Eksekutif Global Ikhwan Sdn Bhd Puan Khadijah Aam (juga dikenali sebagai Ummu Jah) dengan laporan bertajuk 'Al-Arqam didakwa bina perkampungan di Mekah'.

Juga melalui laporan online:
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130401/dn_01/Al-Arqam-didakwa-bina-perkampungan-di-Mekah

Namun cerita rekaan karut-marut pihak tertentu tersebut telah disangkal oleh salah seorang pegawai kanan Global Ikhwan Sdn Bhd, Syeikh Harun Taat melalui blognya:

https://anjangmuor.wordpress.com/2013/04/01/fitnah-yang-layak-disaman/

1. Kawasan perkampungan tersebut dibeli.

Walaupun info ni menguntungkan GISB, sebab nampak gagah. Beli tanah di Mekah! Power tu. Tapi tetap bukan fakta.

2. Untuk dijadikan tempat melakukan ibadah haji dan umrah oleh pengikut-pengikut mereka.

Dah berapa ramai orang GISB pakai title Hj hasil berhaji di sini? Toloooong la…

3. Hanya melakukan rukun-rukun haji seperti melontar jamrah di perkampungan tersebut.

Ni dah la fitnah, pastu jahil pulak. Orang kata bodoh/jahil marah, tapi dalam masa yang sama nak kata GISB sesat dll.
Sapa ajar hang kata melontaq jamrah tu rukun haji? Belajaq tang mana? Haah orang Muo dah cakap utara. Melontar tu wajib Haji la! Bukan rukun. Rukun haji 6 perkara

a. Niat
b. Wuquf
c. Tawaf Haji
d. Saie
e. Bercukur
f. Tertib

Cuba tengok sapalah sandaran Utusan Malaysia? saudara-saudara pembaca semua bertanggung jawab menyebarkan jawapan anjang ni. Akhir zaman betul, boleh sesuka hati tuduh orang sedangkan asas fardhu ain pun tak lepas. Pastu tuduh GISB melontar jamrah di CNM kerana mengerjakan haji. Masya Allah.

4. Perkampungan tersebut yang pada asalnya merupakan ladang kurma.

-Cuba tunjukkan berapa banyak ladang kurma di Mekah ni? Penulis ni pernah sampai Mekah ke idak? Eeih, main taip jee!

5. Selain melakukan pelbagai aktiviti seperti berkuda dan memanah.

-Memanah? Berapa batang busur dan anak panah? Mana buktinya? Ikut sedap je!

6. Pengikut-pengikut mereka hanya melakukan ibadah melontar jamrah di tandas kerana mereka percaya konsep melakukan ibadah tersebut ialah membaling batu ke arah syaitan dan tidak perlu pergi ke jamrah di Mina.

-Fitnah kubro min UM ‘ala GISB. Mereka-reka cerita, kemudian menuduh GISB lakukan sesuatu seperti yang UM ‘create’ tu. Untuk apa? Sakit hati ke lihat GISB dah bisnes merata dunia.

Politik313 berharap pihak media pro-BN berhati-hati dalam menyiarkan berita yang tidak sahih yang boleh merencatkan sokongan para pengundi atas pagar yang rata-rata condong menyokong usaha PM yang akan diterjemahkan dengan memangkah logo BN pada PRU13 akan datang.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP